Hebahan warga Ampang Jaya
Dimaklumkan Sesi Mendengar Bantahan Senarai Nilaian Baru MPAJ akan bermula 1 Julai 2024. Sehubungan itu, pemilik pegangan berdaftar yang telah membuat bantahan akan menerima jemputan melalui whatapp/ e-mel/ surat.
Tuan/puan dipohon membuat pengesahan kehadiran melalui :
1. www.mpaj.gov.my ; atau
2. https://tinyurl.com/yk7btkdx ; atau
3. Imbas kod QR
dengan memasukkan nombor akaun cukai taksiran bagi tujuan akses ke pautan tersebut.
Penting dibawa bersama :
i. Bukti pengenalan diri atau surat wakil kuasa;
ii. Notis senarai nilaian baru atau bil cukai taksiran; dan
iii. Bukti dokumen sokongan (perjanjian sewa / dokumen lain yang berkaitan).
Sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah MPAJ di talian 03-4285 7013/ 7072 / 7268 (waktu pejabat) untuk sebarang pertanyaan lanjut.
#KitaSelangorTeguhBersama
#32TahunMPAJ
#MPAJBandarBungaTanjung
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni