MENU
 

1 JULAI 2024 - 32 THN

Syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia serta inayahNYA dapat kita meraikan ulang tahun penubuhan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke-32. 

Pelbagai peristiwa suka dan duka berjaya diharungi menjadikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebuah pihak berkuasa tempatan yang disegani.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja MPAJ yang sentiasa komited dan memberi perkhidmatan cemerlang. Terima kasih juga kepada warga Ampang Jaya yang sentiasa menyokong apa juga inisiatif, program, aktiviti dan pelbagai lagi yang dianjurkan.

Bunga Tanjung putih berseri,
Haruman Bandar Malar Berzaman
32 tahun MPAJ berdiri,
Perkhidmatan cemerlang, rakyat diutamakan.

Ikhlas daripada Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ serta Ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja MPAJ.

#KitaSelangorTeguhBersama
#32TahunMPAJ 
#MPAJBandarBungaTanjung 
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni