Nama : | Encik Ahmad Alhairi bin Mohamed Yusuf, PPT |
Jawatan : | Pengarah (Arkitek / J52) |
E-mel : | alhairi [at] mpaj [dot] gov [dot] my |
No. Telefon : | 03-4285 7070 |
Tingkat : | 10 |
FUNGSI BAHAGIAN JABATAN BANGUNAN & SENIBINA
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN (BKP)
- Menerima dan memproses permohonan kelulusan projek pembangunan bagi perumahan, perniagaan, kilang,banglo dan lain- lain pembangunan serta permit bangunan sementara.
- Membuat pemantauan ke atas projek dalam pembinaan.
- Membuat lawatan tapak selepas borang G1-G21 diterima sebelum penerimaan Borang CCC dari OSC.
- Memproses permohonan SKM.
- Mengeluarkan ulasan untuk kebenaran Merancang ke OSC.
- Membawa permohonan ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk kelulusan.
- Membuat tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan Notis, & Kompaun .
- Mengambiil tindakan ke atas aduan bagi projek pembangunan yang diterima.
- Menyediakan statistik bagi projek pembangunan.
BAHAGIAN KAWALAN UBAHSUAI BANGUNAN (BKUB)
- Pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan pelan tambahan dan ubahsuai ke atas bangunan kediaman sedia ada, jenis Teres, Banglo , Semi-D dan sebagainya.
- Menyemak dan pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan tambahan dan ubahsuai bagi pelan kedai, kilang, stesyen minyak, bangunan perniagaan, masjid/surau dan kemudahan awam.
- Menyemak dan mengesahkan bagi proses tuntutan permohonan pemulangan wang cagaran.
- Pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan permit ubahsuai dalaman bagi rumah teres, rumah bertingkat, kedai/pejabat dan restoran.
- Menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas aduan tambahan & ubahsuai bangunan bagi pengeluarkan Notis, kompaun, Menyediakan kertas siasatan untuk pendakwaan serta mengetuai tindakan perobohan dengan bantuan Jabatan Penguatkuasa, MPAJ.
BAHAGIAN TELCO DAN BILLBOARD (BTB)
- Menerima & menyemak permohonan struktur telekomunikasi yang dikemukakan oleh syarikat telekomunikasi melalui Bahagian OSC, MPAJ.
- Mengeluarkan ulasan dalam tempoh yang ditetapkan dan dikemukakan ke Bahagian OSC.
- Menyediakan kertas kerja mesyuarat untuk dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
- Menerima dan memproses dan meluluskan pelan-pelan struktur menara dan alat pemancar telekomunikasi dan billboard.
- Membuat pemeriksaan berkala berkaitan dengan pembinaan menara dan pemancar telekomunikasi dan billboard.
- Mengurus permohonan pembaharuan permit tahunan struktur menara telekomunikasi setiap tahun selaras dengan pembinaan di tapak.
- Mengurus permohonan pembaharuan permit tahunan struktur billboard berdasarkan kelulusan lesen billboard diperbaharui.
- Menyediakan data induk statistik permohonan struktur menara telekomunikasi dan billboard.
- Mengurus tindakan penguatkuasaan ke atas pembinaan struktur telekomunikasi dan billboard yang tidak mendapat kebenaran serta yang tidak diperbaharui kelulusan.
- Pengurusan aduan struktur telekomunikasi & billboard.
BAHAGIAN PROJEK
1) Unit Pengurusan Projek
- Menerima dan melaksanakan projek Majlis projek Majlis dari Pengurusan Tertinggi MPAJ. (Sebagai wakil Pegawai Penguasa).
- Menyediakan Brief projek, Schematic design berdasarkan anggaran kos serta kerja untuk pelantikan perunding.
- Menyemak pelan rekabentuk akhir dan pelan bangunan serta menyediakan kertas untuk Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk kelulusan.
- Mengendalikan Mesyuarat Klien / Perunding, Mesyuarat Tapak dan lain-lain mesyuarat yang berkaitan.
- Membuat pemantauan kerja-kerja ditapak pembinaan sehingga penerimaan CCC.
- Membuat penyerahan penyelenggaraan kepada jabatan yang berkenaan.
2) Unit Rekabentuk Senibina
- Menerima permohonan dan menyediakan Brief projek, Schematic design.
- Menyediakan lukisan cadangan pembinaan projek.
- Memantau kerja-kerja pembinaan di tapak.
- Mengadakan lawatan akhir bagi pemeriksaan tapak projek.
- Menyediakan kawalan rekod projek.
3) Unit R&D
- Mengumpul data-data dan membuat kajiselidik serta melaksanakan kerja-kerja berkaitan Penyelidikan dan Pembangunan projek.
4) Unit Rekabentuk Dalaman
- Menyediakan rekabentuk dalaman untuk bangunan Majlis berdasarkan arahan dari pihak Pengurusan tertinggi.
5) Unit OKU
- Menyediakan garispanduan keperluan OKU bagi pematuhan permohonan Kelulusan Pelan Bangunan.
- Menguruskan taklimat dan simulasi OKU jika diperlukan.
6) Unit GIS
- Menguruskan maklumat terperinci pemilik bangunan dalam Bahagian Kawalan Ubahsuai Bangunan dan merekodkan maklumat tersebut didalam sistem GIS MPAJ.
BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Melaksanakan urusan pentadbiran Jabatan Bangunan dan Senibina berkaitan dengan urusan kakitangan (cuti kakitangan, kenderaan Jabatan, elaun dan yang berkaitan).
- Mengawal semua rekod-rekod fail Jabatan.
- Merekod dan menyimpan semua keputusan Mesyuarat berkaitan dengan Jabatan Bangunan dan Senibina
- Merekod dan mengawal semua peralatan pejabat yang di terima dari Jabatan Khidmat Pengurusan
- Menyediakan surat-menyurat kelulusan permohonan untuk dalaman dan luaran.
CARTA FUNGSI JABATAN BANGUNAN & SENIBINA
Sila klik untuk paparan lebih jelas
CARTA ORGANISASI JABATAN BANGUNAN & SENIBINA