MENU
 

SEWA GERAI

Apakah prosedur bagi permohonan sewaan gerai Majlis?

Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Gerai / Bazar/ Medan Selera/ Kompleks Muhibbah di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,Aras 12 Menara MPAJ. Pemohon perlu membawa bersama salinan k/pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport. Pihak Majlis akan mengadakan temuduga berdasarkan permohonan dan kekosongan gerai majlis.

Berapakah sewa sebulan bagi penyewaan gerai majlis?

Sila Rujuk Buku Panduan Pemohonan Medan Selera/ Bazar/ Pasar/ Kompleks Muhibbah/ IKS Milik MPAJ Di Jabatan Penilaian & Pengurusan HartaAras 12, Menara MPAJ.

Bagaimanakah untuk saya mengetahui sama ada saya berjaya dalam temuduga sewa gerai tersebut?

Pihak Majlis akan memaklumkan keputusan temuduga tersebut dalam tempoh 14 hari bekerja selapas tarikh temuduga melalui telefon bersama surat tawaran yang akan dikeluarkan.