MENU
 

BAGAIMANA CARA JIKA INGIN MEMBUAT PENGUBAHSUAIAN RUMAH?

Apakah prosedur bagi tempahan penggunaan sesuatu majlis di Dewan dan Auditorium MPAJ?

Pihak tuan/puan perlu menghadirkan diri ke Pejabat MPAJ bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samaada masih kekosongan atau telah ditempah.Pada masa yang sama pihak tuan boleh mendapatkan Borang Tempahan Kelulusan serta-merta sekiranya tiada sebarang tempahan.

Apakah jenis bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan bagi tempahan penggunaan sesuatu majlis di Dewan dan Auditorium MPAJ?

Terdapat 2 jenis bayaran yang perlu dijelaskan iaitu :
 

                    a) Cagaran sewa dewan : RM500.00 bagi dewan berhawa dingin.
                         RM100.00 bagi dewan tiada hawa dingin.
                    b) Sewa dewan : RM250.00/jam bagi dewan berhawa dingin.
                         RM100.00/jam bagi dewan tiada hawa dingin.

Bolehkah saya membuat tempahan dewan dan auditorium melalui telefon?

tidak, melalui telefon pemohon hanya boleh menyemak kekosongan tarikh tersebut tetapi bukan bagi tujuan tempahan kerana kelulusan tempahan hanya dibuat di Pejabat MPAJ sahaja dan pihak tuan perlu membuat bayaran cagaran sewa dewan selepas tempahan.

Bilakah saya boleh menuntut wang cagaran sewa dewan?

Pihak tuan boleh membuat tuntutan wang cagaran tersebut kepada majlis selepas tarikh penggunaan dengan mengisi Borang Tuntutan di kaunter Perkhidmatan Aras 4, Menara MPAJ atau di kaunter Jabatan Penilaian dan pengurusan Harta, Aras 12 Menara MPAJ pada waktu pejabat.

Berapa lamakah tempoh proses bagi tuntutan pemulangan cagaran sewa dewan?

Tempoh proses bagi tuntutan pemulangan cagaran sewa dewan adalah tempoh 2 minggu bekerja dengan syarat permohonan adalah lengkap.

Adakah wang cagaran saya akan dikembalikan sepenuhnya?

Pihak Majlis akan mengembalikan wang cagaran sewa dewan sepenuhnya kepada penyewa sekiranya penyewa mematuhi peraturan dan syarat-syarat penggunaan dewan seperti :

            a) Kebersihan semasa dan selepas penggunaan adalah memuaskan pihak Majlis.
            b) Tiada sebarang kerosakan yang dibuat dalam tempoh masa penyewaan tersebut.

Jika saya ingin membatalkan tempahan sewa dewan adakah cagaran sewa dewan saya akan dipulangkan?

Setiap pembatalan tempahan sewa dewan hendaklah dimaklumkan kepada Pihak Majlis secara bertulis selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh penggunaan dan cagaran sewa dewan akan dipulangkan. Sekiranya pembatalan tersebut dimaklumkan dalam tempoh kurang 30 hari tersebut, cagaran sewa dewan tersebut TIDAK akan dipulangkan.

Bagaimana cara jika saya ingin membuat tempahan gelanggang badminton di Dewan MPAJ?

Pemohon boleh membuat tempahan penggunaan gelanggang badminton melalui sistem online ICOMM atau datang sendiri ke Pejabat MPAJ dan kelulusan tempahan adalah serta merta. Kadar sewa bagi penyewaan gelanggang badminton adalah sebanyak RM10.00/jam bagi setiap gelanggang.