MENU
 

JABATAN BANGUNAN DAN SENIBINA

Mengapa perlu ada Pelan Kelulusan

Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133), Tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Apakah jenis kelulusan yang perlu dipohon?

Berapa lamakah tempoh kelulusan

1. Permit Ubahsuai dalaman/ Permit kerja kecil bangunan iaitu:

  • Kerja-kerja kecil tanpa mengubah struktur sediaada keatas semua jenis bangunan kediaman dan perniagaan
  • Memasang pagar keselamatan/ pondok pengawal
  • Tempoh kelulusan 24 jam

2. Kelulusan Pelan Tambahan dan Ubahsuai iaitu:

  • Kerja-kerja yang melibatkan penambahan kepada struktur sediaada
  • Tempoh kelulusan10 hari bekerja

3. Kelulusan Pelan Bangunan iaitu:

  • Binaan baru bagi semua jenis pembangunan (Perumahan, Bangunan kediaman(Banglo),Komersial, Kilang)
  • Tempoh Kelulusan 30 hari

Adakah bayaran dikenakan  bagi setiap permohonan?

 

Berapa jumlah bayaran?

  • Ya, bayaran fi dikenakan bagi setiap permohonan.

 

  • Bayaran fi dikenakan adalah seperrti yang termaktub didalam Jadual pertama Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Denda/Kompaun

Denda akan dikenakan bagii setiap kesalahan  iaitu:

  1. Melakukan kerja-kerja tanpa mendapat kelulusan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya 10kali ganda dari fi yang dikenakan
  2. Melencong daripada kelulusan
  3. Gagal mematuhi arahan pihak Majlis dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 dan tambahan denda sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap kesalahan dibawah subseksysn 70(13) Akta  Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Adakah garis panduan disediakan oleh pihak Majlis?

  1. Garis panduan dan senarai semak disediakan dan boleh di dapati di Jabatab bangunan dan Senibina, Tingkat 10, Menara MPAJ, Majlis Perbandaran ampang Jaya
  2. Boleh dimuat turun dari Laman sesawang MPAJ

Saiz

    Warna

    Hitam/Putih

    Pelajar

A1

    RM300

    RM100

    -

A2

    RM150

    RM75

    -

A3

    RM75

    RM40

    RM10

A4

    RM30

    RM15

    RM5

Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan kebenaran merancang?

Tempoh bagi proses permohonan kebenaran merancang adalah 57 hari dengan syarat dokumen adalah lengkap. Tempoh bagi proses permohonan Kebenaran Merancang serentak dengan pelan kerja tanah/infrastruktur dan pelan bangunan adalah 80 hari (selaras dengan piagam OSC).

Berapa lamakah tempoh sah laku Kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1)?

Tempoh sah laku kelulusan kebenaran merancang adalah selama 1tahun selepas tarikh kelulusan dalam surat kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1) jika tiada sebarang kerja tanah dilakukan ditapak.

Apakah proses seterusnya selepas kebenaran merancang diluluskan?

Perlu mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan di jabatan berikut:-

A) Pelan Kerja Tanah (JABATAN KEJURUTERAAN)
B) Pelan Infrastruktur (JABATAN KEJURUTERAAN)
C) Pelan Bangunan (JABATAN BANGUNAN & SENIBINA)
D) Pelan Landskap ( JABATAN BELIA DAN MASYARAKAT)
E) Sijil Kelayakan menduduki /CCC (JABATAN BANGUNAN & SENIBINA)
(Semua permohonan hendaklah dikemukakan di kaunter unit OSC MPAJ)

Apakah kategori pembangunan yang perlu melalui proses bantahan pemilik lot berjiran secara pentadbiran?

Selepas Rt MPAJ 2020 diwartakan, prosedur notis bantahan kepada pemilik lot berjiran di jalankan secara pentadbiran ke atas permohonan tertentu sahaja iaitu:                                    

a)  Permohonan Kebenaran Merancang bagi tukarguna bangunan sementara daripada kediaman kepada tadika/ taska/ pusat jagaan/ pusat kebajikan.                                            

b)  Permohonan Kebenaran Merancang bagi menukar lot-lot rumah kediaman kepada perniagaan yang telah dibenarkan dan dizonkan di dalam RT MPAJ 2020.                              

c)  Permohonan Kebenaran Merancang bagi pembangunan yang perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif  alam Sekitar (KSAS).                                                  

d)  Permohonan Kebenaran Merancang meroboh dan membina semula rumah / kedai/ kilang teres yang berkongsi dinding. Bagi pembangunan selain dari permohonan diatas, papan notis pembangunan perlu dipasang di atas tapak cadangan.

Berapa lamakah tempoh masa diberikan kepada pemilik lot berjiran untuk mengemukakan pandangan atau bantahan?

14 hari dari tarikh notis disampaikan.

 

Bagaimanakah cara untuk mengemukakan / menjawab notis bantahan?

Melalui e-mel dan faks ke Jabatan Perancang Bandar. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh merujuk terus ke Jabatan Perancang Bandar melalui talian 03-42968008 atau sila datang ke kaunter Jabatan Perancang Bandar.

 

Apakah pandangan/bantahan diterima?

Segala pandangan / bantahan akan didengar di dalam Sesi Pendengaran Taklimat Projek Pembanguanan sebelum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan Pelan Pra-Hitungan?

Tempoh bagi proses permohonan pelan pra hitungan ialah 30 hari dengan syarat permohonan/ dokumen adalah lengkap.

Berapa lamakah tempoh bagi memproses dan memberi sokongan CCC?

Tempoh bagi memproses dan memberi sokongan CCC ialah 14 hari dengan syarat permohonan/Dokumen adalah lengkap..

Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan menamakan Taman, Bangunan dan Alamat?

Tempoh bagi memproses permohonan menamakan taman, bangunan dan alamat ialah 30 hari dengan syarat pemohon / dokumen adalah lengkap.

Apakah jenis-jenis Pembangunan yang dibenarkan untuk tanah pemohon?

Semua jenis pembangunan dengan syarat mematuhi semus keperluan Akta, Rancangan Tempatan MPAJ 2020 (Pengubahan 2), selaras dengan syarat nyata tanah dan garis panduan berkaitan.

Apakah jenis pembangunan yang dikenakan caj pemajuan?   

 Caj pemajuan dikenakan jika suatu Rancangan Tempatan atau pengubahan Rancangan Tempatan mengakibatkan tiga jenis perubahan seperti berikut:                                                      

a)  Perubahan penggunaan tanah.                                                                                                

b)  perubahan ketumpatan (kepadatan atau densit)                                                                      

c)  Perubahan luas lantai (nisbah plot)

Apakah syarat-syarat asas untuk mengadakan skim komuniti berpengawal (guarded community) di MPAJ?  

Syarat-syarat asas permohonan adalah seperti berikut:

a)  Pemohonan dikemukakan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan ROS.                  

b)  Mendapat persetujuan 75% daripada bilangan unit rumah yang berpenghuni. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dangaris panduan berkaitan di Jabatan Perancangan Bandar.