
1 Julai 2026 | Rabu
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh warga MPAJ, Ahli Majlis, rakan-rakan strategik, agensi kerajaan, pihak swasta serta seluruh penduduk Ampang Jaya yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada MPAJ dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada masyarakat.
Sepanjang 34 tahun penubuhannya, MPAJ telah melalui pelbagai fasa perkembangan dan transformasi. Kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan seluruh warga MPAJ dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
MPAJ akan terus memperkukuh tadbir urus yang cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat, di samping mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan, memperkasa pembangunan mampan serta mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, selamat, inklusif dan berkualiti.
Ikhlas daripada TS. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ serta Ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja MPAJ.











