SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT :
**BERDAFTAR DENGAN MOF
TAKLIMAT :
Tarikh : 4 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Galeri Aras 4, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PENDAFTARAN :
Tarikh : Bermula 15 Mei 2026 (Jumaat)(Tempoh Pendaftaran Adalah Sepanjang Tahun)
Masa : 9.00 Pagi – 4.00 Petang (Waktu Rehat 1.00 Petang – 2.00 Petang)
Tempat : Kaunter Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan di Aras 13, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
CAJ TAHUNAN DAN WANG CAGARAN (SEKIRANYA DILANTIK) :
Caj Tahunan : RM500.00
Wang Cagaran : RM5,000.00
KOD BIDANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) :
221003 – Mengangkat Sampah
Nota:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A), satu (1) SET LENGKAP SSM dan UPEN SELANGOR dan lain-lain Sijil Berkaitan.
- Pendaftaran syarikat untuk kerja Pelupusan bermula pada 15 Mei 2026 (Jumaat)(Sepanjang Tahun) di Kaunter Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan di Aras 13, Menara MPAJ. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Syarikat perlu mempunyai email rasmi syarikat semasa pendaftaran bagi memudahkan pihak majlis menghubungi atau menghantar sebarang surat atau pindaan (sekiranya ada).
- Permohonan Pendaftaran syarikat akan diproses dalam tempoh 14 hari.
|
|
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada syarikat (Dalam Borang) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi borang dan mengemukakan semula tawaran.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan ditalian 03-4285 7200.
- Syarikat di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
TARIKH TUTUP :
31 Disember 2026 (Khamis)
Kaunter Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Aras 13, Menara MPAJ.











