
‘Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa’
MPAJ mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga Ampang Jaya. Hari Pekerja adalah penghargaan buat setiap usaha, dedikasi dan pengorbanan para pekerja dalam membina keluarga, memajukan organisasi serta memacu pembangunan negara.
Setiap titik peluh yang dicurahkan adalah asas kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Teruskan melangkah dengan semangat, integriti dan komitmen yang tinggi. Semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan membuahkan kejayaan yang berpanjangan.
Terima kasih, warga pekerja!
Ikhlas daripada TS. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, serta Ahli-ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja MPAJ.











