
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Ampang Jaya.
Di sebalik kemeriahan Syawal, marilah kita terus menyemai nilai keprihatinan dan kasih sayang, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang. Semoga setiap kebaikan kecil yang kita lakukan menjadi sinar kebahagiaan buat insan lain.
Maaf Zahir & Batin
Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat, ketenangan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Ikhlas daripada TS. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ serta Ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja MPAJ.











