
Setiap langkah yang kita bina adalah untuk masa hadapan yang lebih baik. Berpaksikan visi memacu transformasi Ampang Jaya ke arah bandar digital berdaya huni melalui tadbir urus cekap dan teknologi pintar menjelang 2030, MPAJ akan terus berusaha memastikan pembangunan yang inklusif, perkhidmatan yang prihatin dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan.
Terima kasih kepada rakan strategik dan komuniti Ampang Jaya atas sokongan, kepercayaan dan kebersamaan yang tidak pernah putus sepanjang tahun 2024. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan membina Ampang Jaya yang lebih sejahtera dan bermakna untuk semua.
Ikhlas daripada Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ serta Ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja MPAJ.
#MPAJ33Tahun #MPAJBandarBungaTanjung
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni
#IniSelangor
#KitaSelangorMajuBersama











