MENU
 

PENDAFTARAN 

Tarikh : 18 November 2025  (Selasa) sehingga 25 November 2025 (Selasa) pada 12.00 tengah hari

Masa : 8.30 Pagi hingga  4.30 Petang

Tempat :Tingkat 11, Jabatan Kejuruteraan, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

18 November 2025  (Selasa) sehingga 25 November 2025 (Selasa) pada 12.00 tengah hari

 

HARGA DOKUMEN:

RM 150.00 (tidak akan dikembalikan)

 

LAWATAN TAPAK:

AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT

 

KOD BIDANG BARU : G2 (HANYA SYARIKAT YANG BERALAMAT DALAM NEGERI SELANGOR SAHAJA LAYAK MENDAFTAR)

PENGKHUSUSAN : CE08 & CE21

 

TARIKH TUTUP

25 November 2025 (Selasa), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ,  Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

Nota:

  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
  2. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  3. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
  4. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 18 November 2025  (Selasa) sehingga 25 November 2025 (Selasa) di Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 11 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (8.30 pagi - 4.30 petang (Isnin- Jumaat).
  5. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  6. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK,  SSM, UPEN  yang masih sah.
  7. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
  8. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
  9. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  10. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  11. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  12. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  13. Tempoh sah laku Sijil SPKK dan PPK   adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan CIDB perlu dikemukakan.
  14. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-681/2025
Tender Closing Date: 
Selasa, 25 November 2025