Sebuah inisiatif kerjaaan di bawah JKKN sebagai platform apresiasi dalam seni budaya untuk pemberian anugerah dan pengiktirafan di peringkat negeri kepada seorang tokoh atau pemain industri yang diiktiraf kewibawaannya dalam bidang seni dan budaya.
Kategori Pencalonan Anugerah Seni Negeri Selangor adalah seperti berikut:
I) Anugerah Tokoh Seni Negeri Selangor (1 penerima)
II) Anugerah Pendukung Seni Negeri
Kategori :
a) Agensi Kerajaan/Sektor Korporat (1 penerima)
b) NGO (1 penerima)
c) Media (1 penerima)
Penghargaan istimewa menanti penerima anugerah, termasuk Wang Tunai, Trofi Anugerah, dan Warkah Penghargaan sebagai tanda penghormatan atas dedikasi, sumbangan individu dalam memartabatkan seni dan budaya.
Jangan lepaskan peluang untuk mencalonkan tokoh atau pemain industri yang anda rasa layak untuk merangkul anugerah ini. Sila imbas kod QR untuk borang pencalonan.
Sebarang pertanyaan berkaitan, boleh hubungi Ahmad Zaimy bin Mohd Yusoff di talian 03-55431654 atau emel zaimy [at] jkkn [dot] gov [dot] my.
KEMUKAKAN PENCALONAN ANDA SEBELUM TARIKH TUTUP PADA 31 OGOS 2025!!!