Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah Al-Hajj, ayat 37)
Semoga ibadah haji dan korban kita semua diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala. Marilah sama-samalah kita menghayati dan memahami istilah sebenar sebuah pengorbanan.
Ikhlas daripada Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ serta Ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja MPAJ.
#IniSelangor #KitaSelangor #MajuBersama #32TahunMPAJ #MPAJBandarBungaTanjung
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni
#MPAJBandarPalingBahagia