**GRED G1 SYARIKAT YANG MEMBAYAR CUKAI DIBAWAH MPAJ SAHAJA
MPAJ 07/01/02-643/2025
CADANGAN KERJA MEMBAIKPULIH CERUN DAN SISTEM SALIRAN SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN UP 2/1 TANAH PERKUBURAN ISLAM UKAY PERDANA, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
PENDAFTARAN
Masa : 9.00 Pagi SEHINGGA 1.00 Tengah Hari
Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat)
Tempat : Auditorium Aras 5,
Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
HARGA DOKUMEN: RM 100.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
16 Mei 2025 (Jumaat) sehingga 23 Mei 2025 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari
TARIKH TUTUP : 23 MEI 2025 (Jumaat) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
KOD BIDANG BARU : GRED G1
PENGKHUSUSAN : CE08 & CE21
Nota:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM, STB (Jika Alamat Luar Negeri Selangor) dan UPEN yang masih sah.
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ.
- Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 16 Mei 2025 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK dengan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.