MENU
 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT

MAKLUMAT PENDAFTARAN: 

Tarikh : 09 Mei 2025  (Jumaat)

Masa: 9.00 Pagi - 12.15 Tengah Hari

Tempat: Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

MAKLUMAT PENJUALAN DOKUMEN:

09 Mei 2025  (Jumaat) sehingga 16 Mei 2025 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari

 

TARIKH TUTUP:

16 Mei 2025 (Jumaat) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

HARGA DOKUMEN:

RM150.00 (Wang tidak akan dikembalikan)

 

KOD BIDANG BARU :

GRED G2

 

KATEGORI:

PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM ( CE )

 

PENGKHUSUSAN :

CE 01 & CE 21

 

 

NOTA:

  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.

 

  1. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM, UPEN  yang masih sah.

 

  1. Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK dengan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.

 

  1.  Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 09 Mei 2025 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).

 

  1. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

 

  1. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

 

  1. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

 

  1. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT

 

  1. Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

 

  1. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

 

  1. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

  1. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-636/2025
Tender Closing Date: 
Jumaat, 16 Mei 2025