Kian Berlabuh Tirai Ramadan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur di Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dapat Dimaafi.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446H / 2025M kepada seluruh umat islam terutamanya warga Ampang Jaya.
Semoga Aidilfitri pada tahun ini menjanjikan sejuta kenangan buat kita semua. Pulanglah ke kampung halaman berjumpa ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan. Tetapi ingat, rancang perjalanan anda dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik.
Ikhlas daripada Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ serta ahli majlis, pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja MPAJ.
#IniSelangor #KitaSelangor #MajuBersama #32TahunMPAJ #MPAJBandarBungaTanjung
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni
#MPAJBandarPalingBahagia2025