MPAJ 02/03/04-286/2025
CADANGAN PEROLEHAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI, MENYELENGGARA DAN MENTAULIAH PERKAKASAN DAN PERISIAN PUSAT DATA SERTA PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER UNTUK MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
Tarikh: 21 Februari 2025 (Jumaat)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
HARGA DOKUMEN:
RM 200.00 (tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
21 Februari 2025 (Jumaat) sehingga 14 Mac 2025 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari
LAWATAN TAPAK: AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT
TARIKH TUTUP: 14 Mac 2025 (Jumaat)
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN KOD BIDANG: (TERBUKA)
210102 DAN 210104 DAN 210105
Nota:
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
- Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh 21 Februari 2025 (Jumaat) tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT (Kewangan dan Teknikal) dan dimasukkan ke dalam Peti tender seperti tertera di atas.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 21 Februari 2025 (Jumaat) sehingga 14 Mac 2025 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.