MPAJ 07/01/02-565/2024
CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN BUKIT INDAH UTAMA, LENGKUNG BUKIT INDAH 1 DAN LENGKUNG BUKIT INDAH 2, TAMAN BUKIT INDAH
PENDAFTARAN
Masa : 9.30 Pagi -4.30 Petang
Tarikh: 12 Disember 2024 (Khamis) Sehingga 18 Disember 2024 (Rabu)
Tempat : Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
HARGA DOKUMEN:
RM 200.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
12 Disember 2024 (Khamis) Sehingga 18 Disember 2024 (Rabu) pada 12.00 tengah hari
GRED : G3 (CE21) , Sijil Taraf Bumiputra (STB) (sekiranya alamat di luar Negeri Selangor)
TARIKH TUTUP
18 Disember 2024 (Rabu) , Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Nota:
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM, dan UPEN yang masih sah.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 12 Disember 2024 (Khamis) sehingga 18 November 2024 (Rabu) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.