MENU
 

Pendaftaran boleh dibuat terus melalui penghantaran dokumen berkaitan melalui e-mel: tender [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau Whatsapp di No. 015-9267 7605 bermula 26 Mac 2024  (Selasa) sehingga 29 Mac 2024  (Jumaat) pada 09.00 pagi  -  04.00 petang SAHAJA.

1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MoF sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan. Kegagalan untuk membuat pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 26 Mac 2024 (Selasa) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

3. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

4. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5. Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Sila lampirkan bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MoF (termasuk lampiran A), SSM dan UPEN yang MASIH SAH.

7. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

8. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 02/03/04-245/2024
Tender Closing Date: 
Selasa, 16 April 2024