Taklimat pada: 18 Mac 2024 (9.30 pagi) di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ.
1.Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.
2.Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
3.Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 18 Mac 2024 (Isnin) di Auditorium Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).
4.Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
5.Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6.Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
7. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM, UPEN dan STM (Suruhanjaya Tenaga Malaysia) yang MASIH SAH.
8.Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
9.Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.