Taklimat pada: 18 Mac 2024 (9.30 pagi) di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ.
- Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 18 Mac 2024 (Isnin) di Auditorium Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).
- Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
- Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang MASIH SAH.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.