Pendaftaran boleh dibuat terus melalui penghantaran dokumen berkaitan melalui e-mel: tender [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau Whatsapp di No. 015-9267 7605 bermula 14 Februari 2024 (Rabu) sehingga 16 Februari 2024 (Jumaat) pada 09.00 pagi - 04.00 petang SAHAJA.
HANYA KONTRAKTOR YANG BERALAMAT DI BAWAH PENTADBIRAN MPAJ SAHAJA.
1.Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
2.Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 14 Februari 2024 (Rabu) sehingga 16 Februari 2024 (Jumaat) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).
3.Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
4.Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
5.Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Sila sertakan bersama satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, STB, SSM dan UPEN yang MASIH SAH.
7. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut