MENU
 

Taklimat pada: 24 Ogos 2023 (9.30 pagi) di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.

1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 24 Ogos 2023 (Khamis) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
3. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.

4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

5. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

6. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web
https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

7. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

8. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

9. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

10. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM, UPEN, STM dan  STB (Jika Alamat Luar Negeri Selangor) (Bagi Gred G3) yang masih sah.

Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-433/2023
Tender Closing Date: 
Isnin, 4 September 2023