Taklimat pada: 5 Julai 2023 (9.30 pagi) di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.
1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
2. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
3. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai tender Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
4. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, STB (jika alamat luar negeri Selangor), SSM dan UPEN yang masih sah.
5. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
7. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
8. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
9. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 06 Julai 2023 (Khamis) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).