Taklimat pada: 6 Jun 2023 (9.30 pagi) di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.
1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MoF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.
2. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 06 Jun 2023 (Selasa) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).
3. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
4. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
5. Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MoF (termasuk lampiran A), SSM dan UPEN yang MASIH SAH.
7. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
8. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.