1) Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
2) Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan bermula pada 11 November 2022 (Jumaat) sehingga 18 November 2022 (Jumaat) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang ).
3) Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh tidak akan dipertimbangkan.
4) Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
5) Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6) Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
7) Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
8) Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
9) Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak majlis.
10) Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.
11) Pihak syarikat di wajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM. Dokumen yang dihantar melalui e-mel atau whatsapp WAJIB melampirkan SET LENGKAP SSM, MOF dan UPEN dalam format PDF serta menyatakan e-mel syarikat. Kegagalan pihak syarikat menghantar dokumen pendaftaran tersebut melalui e-mel atau Whatsapp akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.