1. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan pada 22 Mac 2022 (Selasa) hingga 29 Mac 2022 (Selasa) Di Portal Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
2. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
3. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Pendaftaran boleh dibuat terus melalui penghantaran dokumen berkaitan melalui e-mel: tender [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau whatsapp di No 015-32677604 atau 015-92677605 pada 22 Mac 2022 (Selasa) sehingga 24 Mac 2022 (Khamis) pada 09.00 pagi - 4.00 petang SAHAJA
5. Dokumen yang dihantar melalui e-mel atau whatsapp WAJIB melampirkan SET LENGKAP SSM, CIDB, SPKK, PKK dan UPEN dalam format PDF serta menyatakan e-mel syarikat.
6. Kegagalan pihak syarikat menghantar dokumen pendaftaran tersebut melalui e-mel atau whatsapp akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
7. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
8. Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.