MENU
 

JABATAN BANGUNAN DAN SENIBINA

 

Apakah waktu bekerja di tapak pembinaan yang dibenarkan bagi kerja-kerja pembinaan yang telah diluluskan MPAJ?

MPAJ telah menetapkan waktu bekerja di tapak pembinaan bagi kerja-kerja pembinaan yang telah diluluskan MPAJ selaras dengan keputusan Penyeragaman Operasi Waktu Bekerja Di Tapak Pembinaan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang ditetapkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-32/2021 bertarikh 29 September 2021 yang disahkan oleh MMKN Ke 33/2021 bertarikh 06 Oktober 2021 telah menetapkan waktu kerja seperti berikut :-

Hari

Isnin - Sabtu

Ahad dan Cuti Am / Cuti Umum
 

Waktu bekerja di tapak bina

8.00 pagi – 6.00 petang

Tidak dibenarkan operasi
(Kecuali mendapat kelulusan khas MPAJ)

Apakah kategori kerja-kerja pembangunan berskala kecil?

Berikut adalah kategori kerja-kerja pembangunan berskala kecil:

i) Kerja-kerja ubahsuaian dalaman kediaman (Jenis Teres, Berkembar, Sesebuah, Strata dan lain-lain);
ii) Kerja-kerja tambahan dan ubahsuaian kediaman (Jenis Teres, Berkembar, Sesebuah, Strata);
iii) Kerja-kerja tambahan dan ubahsuai bangunan komersial seperti kedai, pejabat dan pusat beli belah;
iv) Kerja-kerja tambahan dan ubahsuai bangunan industri seperti bengkel dan kilang.

Apakah kategori kerja-kerja pembangunan berskala besar?

Berikut adalah kategori pembangunan berskala besar:

i) Pembangunan baru bangunan kediaman (Jenis Teres, Berkembar, Sesebuah, Strata dan lain-lain);
ii) Pembangunan baru bangunan komersial seperti kedai, pejabat dan pusat beli belah;
iii) Pembangunan baru bangunan industri seperti bengkel dan kilang;
iv) Pembangunan baru jenis bercampur (mixed development, service apartments, struktur menara Telco & Billboard dan lain-lain).

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya gagal mematuhi arahan Waktu Bekerja di tapak pembinaan yang ditetapkan Majlis?

Pihak Majlis akan mengeluarkan Notis Seksyen 70(13)(d) dibawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan arahan memberhentikan kerja-kerja di tapak serta-merta.

Siapakah yang akan menerima Notis Seksyen 70(13)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)?

Notis akan dikeluarkan kepada pemilik bangunan dan pemaju pembangunan tersebut yang telah melanggar kelulusan Waktu Bekerja yang ditetapkan MPAJ.

Berapakah kadar kompaun yang akan dikenakan bagi Notis Seksyen 70(13)(d) dibawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)?

Kadar kompaun maksimum di bawah Seksyen 70(13)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi kesalahan kerja-kerja lebih masa di tapak pembinaan bagi pembangunan berskala besar dan kecil adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Kompaun Maksimum

1

Pembangunan berskala kecil:

  • Kerja-kerja ubahsuaian dalaman kediaman (Jenis Teres, Berkembar, Sesebuah, Strata dan lain-lain)
  • Kerja-kerja tambahan dan ubahsuai kediaman (Jenis Teres, Berkembar, Sesebuah, Strata)
  • Kerja-kerja tambahan dan ubahsuai bangunan komersial seperti kedai, pejabat dan pusat beli belah.
  • Kerja-kerja tambahan dan ubahsuai bangunan industri seperti bengkel dan kilang.

RM 500.00

2 Pembangunan baru bagi rumah kediaman (Jenis Teres, Berkembar, Sesebuah, Strata dan lain-lain) RM 500.00
3 Pembangunan baru bangunan komersial seperti kedai, pejabat dan pusat beli belah. RM 5,000.00
4 Pembangunan baru bangunan industri seperti bengkel dan kilang. RM 5,000.00
5 Pembangunan baru jenis bercampur (mixed development, service apartments, struktur menara Telco & Billboard dan lain-lain) RM 25,000.00

Adakah kerja-kerja pembinaan dibenarkan pada hari Ahad dan Cuti Umum?

TIDAK kecuali mendapat kelulusan khas MPAJ.

Adakah kerja-kerja pembinaan dibenarkan melebihi waktu yang ditetapkan?

TIDAK kecuali mendapat kelulusan khas MPAJ.

Contoh syarat waktu bekerja di tapak pembinaan bagi kerja-kerja pembinaan yang diluluskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya

1. Waktu bekerja - Kediaman baru

2. Waktu bekerja - Komersil dan lain-lain

3. Waktu bekerja - Pelbagai

4. Waktu bekerja - Perletakan jentera

5. Waktu bekerja - Skala besar

6. Waktu bekerja - Skala kecil

7. Waktu bekerja - Struktur telekomunikasi

8. Waktu bekerja - Tambahan komersil dan lain-lain

9. Waktu bekerja - Ubahsuai dalaman

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Bangunan & Senibina, MPAJ.

 

Disediakan oleh:
Jabatan Bangunan dan Senibina
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Kemas kini 21 Mei 2024