MENU
 

JABATAN KEJURUTERAAN

Berapa bilangan pelan yang perlu dikemukakan untuk memproses/menyemak permohonan pelan kerja tanah atau infrastruktur?

  • Jawapan: Satu set pelan jenis linen dan 4 set salinan jenis kertas.

Berapa lamakah tempoh sah laku bagi pelan kerja tanah atau infrastruktur yang telah diluluskan?

  • Jawapan: Tempoh sah laku adalah 1 tahun dari tarikh surat kelulusan diberi.

Apakah perbezaan lampu yang diselenggara oleh Majlis dan TNB ( Tanaga Nasional Berhad)?

  • Jawapan: Jalan-jalan yang diselenggara oleh Majlis ialah tiang jenis besi/galvanised manakala tiang batu/konkrit diselenggara oleh TNB kecuali tiang lampu konkrit tersebut terletak didalam kawasan padang permainan. Bagi Jalan-jalan utama, tiang besi/galvanised diselenggara oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya ).

Berapa lama masa yang diambil untuk membaiki kerosakan lampu jalan?

  • Jawapan: Bergantung kepada jenis kerosakan lampu jalan tersebut. Sekiranya kerosakan yang kecil seperti kerosakan fius atau mcb `tripped', kerosakan dibaiki dengan serta merta tetapi sekiranya kerosakan mengakibatkan lanterna dan kabel, beberapa peraturan perlu di ikuti dan mengambil masa untuk membaikinya, selalunya ia mengambil masa 2 minggu.

Bagi kerosakan lampu di tiang konkrit, dimana aduan perlu dibuat?

  • Jawapan: Aduan boleh dibuat kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) ditalian nombor 15454.

Bagi permohonan penambahan lampu jalan atau lampu isyarat, dimana permohonan perlu dibuat dan berapa lama masa diambil untuk diproses?

  • Jawapan: Bagi penambahan lampu jalan/isyarat, permohonan perlu dibuat kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Satu siasatan akan dilakukan tentang keperluan penambahan lampu jalan/isyarat dan beberapa peraturan perlu dipatuhi sebelum pemasangan dilakukan kerana ia melibatkan elemen kewangan yang agak besar.

Dimanakah aduan kerosakan lampu isyarat perlu dibuat?

  • Jawapan: Nombor talipon aduan kerosakan lampu isyarat boleh diperolehi di tiang-tiang lampu isyarat untuk sebarang aduan dan kerosakan atau hubungi di talian 03-42965887 (Jabatan Kejuruteraan) atau di talian hotline MPAJ.