JABATAN HASIL
|
Apakah jenis-jenis kutipan yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya?
|
1.1 Hasil Cukai Taksiran 1.2 Hasil Bukan Cukai - Lesen & Permit - Perkhidmatan Dan Bayaran Perkhidmatan - Jualan Barang-barang - Sewaan - Faedah Dan Pelaburan - Denda dan Kompuan 1.3 Kutipan lain - Cagaran - Cukai tanah / petak - Endowmen MPAJ
|
Apakah Jenis harta yang dikenakan cukai taksiran?
|
Semua pegangan persendirian seperti :-
2.1 Bangunan kediaman 2.2 Bangunan komersial 2.3 Bangunan industri, 2.4 Tanah pertanian dan 2.5 Termasuk tanah kosong/lot tanah yang belum dibangunkan.
|
Berapa kali bil cukai taksiran dikeluarkan dalam setahun dan bila ianya patut dibayar?
|
Merujuk kepada Seksyen 133 Akta 171, Cukai taksiran hendaklah dibayar tiap-tiap setengah tahun (2 kali setahun) 3.1 Setengah tahun pertama (Januari-Jun) tarikh akhir bayaran adalah sebelum @ pada akhir bulan Februari setiap tahun.
3.2 Setengah tahun kedua (Julai - Disember) tarikh akhir bayaran adalah sebelum atau pada akhir bulan Ogos setiap tahun.
|
Di manakah cukai taksiran boleh dibayar dan apakah kaedah bayarannya?
|

Sila klik untuk paparan lebih jelas
|
Bagaimana saya hendak mengemaskini maklumat atau menukar alamat surat menyurat bil cukai taksiran saya?
|
5.1 Pemilik boleh berhubung dengan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah (JPPH), MPAJ melalui surat atau e-mel kepada : jpph [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau hadir ke Kaunter JPPH di Lobi, Aras 4 , Menara MPAJ.
( Borang-borang berkaitan pengemaskinian maklumat boleh di muat turun dari Laman Web MPAJ melalui https://www.mpaj.gov.my )
(a) Borang Kenyataan Pindaan Maklumat / Alamat Surat Menyurat (b) Borang I ( Notis Jualan atau Pindahmilik ) (c) Borang J ( Notis (pindahmilik oleh waris jika pemilik meninggal dunia )
|
Dimanakah saya boleh menyemak jumlah bayaran cukai taksiran?
|
Semakan boleh dibuat dengan melayari:
6.1 iCOMM di Laman Web MPAJ ( versi komputer ) 6.2 Aplikasi iCOMM MPAJ ( versi telefon bimbit /peranti pintar) 6.3 Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4, Menara MPAJ; atau 6.4 Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan Taman Melawati 6.5 Kaunter Bergerak MPAJ
|
Bagaimana saya boleh mendapatkan bil cukai taksiran, sekiranya saya tidak menerima bil tersebut?
|
Bil Cukai Taksiran boleh dicetak melalui perkhidmatan dalam talian (Online) dengan mendaftar di iCOMM, atau hadir ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4, Menara MPAJ dengan membawa salinan bil cukai taksiran, alamat harta dan / atau nombor akaun cukai taksiran.
|
Apakah perbezaan bil cukai taksiran warna biru dan merah?
|
8.1 Bil warna biru adalah untuk jumlah yang perlu dibayar bagi tempoh semasa (Januari-Februari dan Julai-Ogos)
8.2 Bil warna merah adalah notis / Borang E susulan kelewatan menjelaskan cukai taksiran (Mac dan September)
|
Adakah saya akan dikenakan sebarang caj sekiranya lewat menjelaskan bil cukai dalam tempoh yang ditentukan? Berapakah jumlah caj tersebut.
|
Jawapan : Ya, kelewatan menjelaskan cukai taksiran akan dikenakan caj notis Borang E bernilai RM20.00.
|
Apakah MPAJ boleh lakukan sekiranya pemilik atau penghuni gagal menjelaskan cukai taksiran ?
|
Jawapan : Mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976, MPAJ boleh menyita apa-apa harta mudah alih yang dijumpai dalam kawasan premis.
|