Terdapat dua puluh tujuh (27) kesalahan yang diperuntukkan di dalam Akta 757 yang boleh dikompaun dan tiga belas (13) kesalahan yang diperuntukkan di dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 iaitu:
i. Subseksyen 6(6) - Jadual petak hendaklah difailkan dengan Pesuruhjaya sebelum penjualan mana-mana petak;
ii. Subseksyen 9(5) - Kewajipan dan kuasa pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju;
iii. Subseksyen 10(7) - Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan;
iv. Subseksyen 11(7) - Pemaju hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas;
v. Subseksyen 12(9) - Pembeli dan pemaju hendaklah membayar caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas;
vi. Subsyeksen 14(5) - Kewajipan pemaju berhubung dengan akaun;
vii. Subseksyen 15(4) - Penyerahan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama;
viii. Subseksyen 18(2) - Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama;
ix. Subseksyen 26(5) - Kewajipan badan pengurusan bersama berhubung dengan akaun;
x. Subseksyen 27(4) - Pembubaran badan pengurusan bersama;
xi. Subseksyen 29(3) - Kewajipan pemaju berkenaan dengan Caj bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak yang disiapkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;
xii. Subseksyen 30 (2) dan (3) - Daftar pemunya petak;
xiii. Subseksyen 34(3) - Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar;
xiv. Subsyeksen 48(4) - Kewajipan dan kuasa pemaju untuk menyenggara dan mengurus;
xv. Subseksyen 49(3) - Sekatan semasa tempoh pengurusan permulaan;
xvi. Subseksyen 50(4) - Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan atas nama perbadanan pengurusan;
xvii. Subseksyen 51(3) - Pemaju hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas atas nama perbadanan pengurusan;
xviii. Subsyeksen 54(5) - Kewajipan pemaju berhubung dengan akaun;
xix. Subseksyen 55(4) - Penyerahan kawalan kepada perbadanan pengurusan;
xx. Subseksyen 57(2) - Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama;
xxi. Subseksyen 62(5) - Kewajipan perbadanan pengurusan berhubung dengan akaun;
xxii. Subsyeksen 72(2) dan (3) - Daftar strata;
xxiii. Subseksyen 78(3) - Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar;
xxiv. Subseksyen 89(5) - Kuasa dan kewajipan ejen pengurusan;
xxv. Subsyeksen 91(2) - Penamatan perjanjian pengurusan;
xxvi. Subseksyen 92(6) - Pemaju hendaklah membayar deposit untuk membaiki kecacatan pada harta bersama;
xxvii. Subseksyen 151(2) - Kuasa untuk mengecualikan;
xxviii. Subperaturan 6(5) - Jadual Petak;
xxix. Subperaturan 7(4) – Jadual petak yang dipinda;
xxx. Subperaturan 9(7) dan (8) – Unit syer yang diumpukkan;
xxxi. Subperaturan 19(2) – Perakuan jumlah yang kena dibayar oleh pemunya petak atau bakal pembeli;
xxxii. Subperaturan 21(5) – Perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk menyenggara dan mengurus harta bersama;
xxxiii. Subperaturan 25(3) – Mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan subsidiari;
xxxiv. Subperaturan 30(2) – Perakuan jumlah wang yang kena dibayar oleh pemilik atau bakal pemilik;
xxxv. Subperaturan 32(5) – Perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk menyenggara dan mengurus harta bersama;
xxxvi. Subperaturan 34(2) – Mesyuarat agung tahunan;
xxxvii. Subperaturan 43(5) – Perjanjian pengurusan;
xxxviii. Subperaturan 44(3) – Bon;
xxxix. Subperaturan 63(2) – Akses; dan
xl. Peraturan 70 – Membantu dan bersubahat.
|