MENU
 

JABATAN KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN PENJAJA

PROGRAM KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI KEPADA BIODIESEL

Apakah tujuan program ini dilaksanakan?

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat bagi memulihara sumber air, sungai dan perairan pantai serta mempromosikan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di kalangan masyarakat melalui kerjasama sekolah, komuniti, pengusaha restoran, gerai dan peniaga pasar malam.

Apakah kesan dan bahaya sekiranya tidak melakukan kitar semula minyak masak terpakai?

Antara kesan-kesan dan bahaya adalah :

  • Alam sekitar tercemar, longkang tersembat dan banjir.
  • Lipas, tikus dan nyamuk dapat membiak dengan mudah dan cepat.
  • Kesihatan terjejas, peningkatan kolestrol, serangan jantung, hipertensi, meningkatkan risiko kanser, kemandulan dan pengecutan testis (kaum lelaki).

 

Apakah tujuan kitar semula minyak masak terpakai?

Tujuan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai adalah untuk diproses dan dijadikan sebagai bahan biodiesel untuk kegunaan mesin dan jentera sahaja.

Berapakah nilai yang dibayar bagi setiap KG minyak masak terpakai yang dikitar semula?

Setiap KG Minyak Masak Terpakai akan dibayar sebanyak RM1.00.

Bagaimana cara kitar semula minyak masak terpakai?

Cara-cara kitar semula minyak masak terpakai adalah seperti berikut :

 

Sejukkan minyak masak terpakai yang telah digunakan (Max : 3 kali penggunaan)

Kumpulkan minyak masak terpakai dalam bekas/ botol yang sesuai

Minyak masak terpakai yang dikumpulkan (Max : 20KG ke atas) akan dikutip oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis atau bawa ke tempat pengumpulan minyak masak terpakai.

Dapatkan RM1.00 bagi setiap KG minyak masak terpakai.

Siapakah yang patut dihubungi untuk melaksanakan kerja-kerja kutipan minyak masak terpakai?

Di kawasan pentadbiran MPAJ, berikut merupakan 3 senarai yang melaksanakan kerja-kerja kutipan minyak masak terpakai?

  • Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Alam Sekitar & Penjaja, MPAJ

       (No. Tel : 03-4285 7007/ 4285 7235)

  • Syarikat Pembinaan Sri Gunung

       (No. H/p : 019-2251 515 – En. Zainal)

  • Syarikat Uni10 Energy Sdn Bhd.

       (No. H/p : 012- 2345 514 – En. Shahrul

Adakah tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga/ pemilik premis sekiranya didapati melanggar arahan ini?

Ya. Tindakan kompaun di bawah Sek.19(1)(d) Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPAJ 2007 kerana membuang, menumpahkan cecair kotor serta lain-lain masuk ke tempat awam.

Kadar kompaun dikenakan sebanyak RM1000.00.

<--pagebreak-- >