MENU
 

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, STB, SSM dan UPEN yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.

3. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 3 November 2020 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (10.00 - 3.00 petang - hari Isnin - Jumaat sahaja).

4. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam  SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

5. Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa pendaftaran.

9. Memandangkan tender ini dilaksanakan di dalam tempoh PKPB 28 Oktober 2020 - 9 November 2020, syarikat yang memerlukan surat kebenaran merentas daerah bagi tujuan menyertai pelawaan ini, boleh mendapatkan surat tersebut di laman web rasmi Majlis iaitu: www.mpaj.gov.my.

10. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat 'Kebenaran Khas Menyertai Tender di Luar  Bidang Pengkhususan' yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah  TIDAK DITERIMA.

Tender Ref: 
MPAJ 07/01/04-138/2020
Tender Closing Date: 
Selasa, 24 November 2020