MENU
 

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri pendaftaran. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri pendaftaran ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh 22 FEBRUARI 2021 (ISNIN) sehingga 24 FEBRUARI 2021 (RABU) tidak akan dipertimbangkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 22 FEBRUARI 2021 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (10.00 pagi - 3.00 petang Isnin hingga Jumaat sahaja)

3. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

4. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam  SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

5. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi  menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

6. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8. Penyebut harga diGALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

9. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.

10. Penyebut harga adalah digalakkan supaya menghantar/ mengembalikan dokumen pelawaan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan  pada hari tutup peti .  Penyebut harga juga hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM sepanjang berurusan dengan pihak kami bagi menyertai perolehan ini.

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 10/01/02-146/2021
Tender Closing Date: 
Isnin, 1 March 2021