MENU
 
Penyakit yang dibawa oleh tikus:-
-Tikus menyebarkan pelbagai jenis penyakit kepada manusia seperti hawar, tifus, jangkitan cacing, jangkitan virus dan bakteria.

Keadaan yang menggalakkan pembiakan tikus:-
-Tikus membuat sarang dan membiak di tempat yang terdapat makanan dan tempat yang terlindung seperti di premis makanan, gudang, tempat pembuangan sampah, longkang dan dapur yang kotor.

Langkah-langkah untuk mengawal tikus:-
-Jangan memberikan peluang kepada tikus menghampiri makanan atau mencari tempat perlindungan. -Makanan perlu disimpan ditempat yang selamat dari ancaman tikus seperti di bekas atau almari. -Pastikan kebersihan persekitaran ditempat anda. -Hapuskan tempat perlindungan tikus. Pastikan barang-barang disimpan secara teratur. -Pasangkan jaring dawai disemua lubang yang sesuai. -Perangkap tikus dengan cara memasang jerat.