MENU
 
APAKAH PENYAKIT KUNING : Penyakit kuning (Hepatitis A) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Penyakit ini senang berlaku di kawasan kotor di mana penduduk-penduduknya tidak mengamalkan kebersihan diri, makanan dan alam sekeliling. Penyakit ini boleh menjangkiti semua peringkat umur.

Tanda-tanda penyakit kuning ialah demam, letih/lesu, tidak berselera, rasa mahu muntah atau loya, sakit perut, mata dan kulit menjadi kuning dan air kencing seakan-akan warna coklat.

Bagaimana Penyakit kuning boleh merebak :-

  • Virus Penyakit Kuning boleh dijumpai dalam najis dan darah pesakit atau pembawa penyakit ini. Virus ini boleh memasuki tubuh badan kita melalui makanan dan minuman yang tercemar. Makanan dan minuman boleh dicemar.

Makanan dan minuman boleh dicemari oleh virus penyakit kuning melalui cara-cara berikut :-

  • Tidak mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih setiap kali selepas membuang air besar, sebelum makan atau sebelum menyediakan makanan.
  • Membuang najis di merata-rata tempat dan bukan di tandas yang sempurna (seperti tandas curah)
  • Memakan makanan terdedah yang telah dihinggapi lalat.
  • Memakan buahan-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci terlebih dahulu.
  • Keadaan didalam dan diluar rumah yang kotor dimana lalat dan tikus boleh membiak.
  • Meminum air yang tidak dimasak yang telah dicemari oleh virus penyakit ini.

Bagaimana anda boleh mengelakkan dari penyakit kuning :-

  • Makan makanan yang telah dimasak. Semasa wabak, elakkan dari memakan makanan mentah atau setengah masak (misalnya ulam, kerang atau rojak)
  • Masak air yang hendak diminum
  • Basuh semua pinggan mangkuk dan perkakasan dapur dengan menggunakan sabun dan air bersih.
  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum makan, sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
  • Tudunglah semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
  • Gunakan tandas yang sempurna.
  • Menjaga kebersihan rumah dan kawasan disekitar rumah supaya lalat tidak boleh membiak.