MENU
 
Usia tua adalah satu fasa di dalam perjalanan hidup. Ianya boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna.

Diperingkat usia tua beberapa perubahan berlaku. Antaranya :-

  • Perasaan keseorangan dan kesunyian disebabkan oleh kehilangan pasangan hidup, kehilangan teman-teman, berjauhan dengan anak-anak dan kekurangan upaya untuk bergerak.
  • Kesempitan kewangan kerana bersara dan peningkatan perbelanjaan untuk rawatan perubatan.
  • Perubahan pada tubuh badan seperti pergerakan dan tindakbalas menjadi lembap, kurang daya ingatan, lemah sendi dan otot, kurang daya penglihatan dan pendengaran dan masalah tidur.
  • Tanda-tanda awal anda tidak dapat menyesuaikan diri diusia tua seperti cepat marah, sentiasa berasa letih dan lesu, mudah risau, kesedihan yang berlarutan, sukar menjalankan kehidupan seharian, mudah lupa, gangguan tidur dan kurang selera makan.

Petua Ke Arah Kesihatan Mental Yang Baik :-

  • Luahkan/ kongsi masaalah anda dengan orang lain kerana orang lain dapat membantu anda.
  • Luaskan Pergaulan seperti bertemu semula dengan kawan-kawan lama dan libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan atau kelab.