MENU
 

Pilihlah pengendali makanan yang tidak :-

  • Tidak merokok, makan sirih, makan atau minum semasa mengendalikan makanan.
  • Berkuku dan berambut pendek
  • Membasuh tangan selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan serta selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya.
  • tidak bersin, meludah dan batuk kearah makanan.
  • Menggunakan penyepit sudu dan garfu semasa mengambil makanan.
  • Menudung makan yang telah dimasak
  • Tidak Menindih makanan semasa menyajikan makanan.
  • Mempunyai kawasan premis yang bersih.
  • Menggunakan tuala khusus untuk mengelap tangan, meja, pinggan mangkuk.

Sekiranya anda makan diluar (premis menjual makanan) pastikan diri anda selamat - pilihlah premis seperti ini :-

  • Jauh dari jalanraya, tiada binatang berkeliaran, lalat, habuk, lipas dan mempunyai peredaran udara.
  • Lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat, elektirk, saliran longkang, tong sampah yang bertutup, tandas dan sisa yang dibuang dalam beg plastik
  • Peralatan yang bersih dan sempurna serta meja bersih.
  • Pengendali yang bersih, memakai apron dan menutup kepala.
  • Makanan yang telah dimasak hendaklah ditutup.
  • Tempat yang sempurna untuk menyimpan makanan mentah (yang belum dimasak).