FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian Perbelanjaan
• Menguruskan segala pembayaran dan perbelanjaan majlis.
• Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur dan terkawal di dalam lingkungan mengikut peruntukan yang diluluskan
• Mengendalikan urusan tuntutan panjar wang runcit.
• Membantu dalam penyediaan belanjawan tahunan Majlis
• Mengawal selia tuntutan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari
Bahagian Akaun
• Penyediaan Penyata Akaun Bulanan dan Penyata Kewangan.
• Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank.
• Menyediakan belanjawan tahunan
• Menyemak segala hasil yang telah dikutip diakaunkan dengan betul dan teratur.
• Memproses, menyemak dan mengemaskini data dan laporan cukai melalui 'on-line' (agensi luar).
Bahagian Hasil
• Menguruskan aktiviti pungutuan cukai taksiran.
• Menguruskan bayaran kompaun dan lain-lain bil majlis.
• Menyediakan bayaran kutipan setempat bagi cukai taksiran PBT/Pejabat Tanah Selangor.
• Menerima dan memproses kelulusan lesen serta merta
• Menerima dan memproses tempahan dewan Majlis
• Menerima dan memproses kebenaran menutup jalan / permit khemah
• Mengambil tindakan dan menuntut tunggakan cukai taksiran
• Penghantaran notis peringatan/waran dan sitaan