MENU

FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Kawalan Bangunan

  • Bertanggungjawab memproses dan meluluskan pelan-pelan bangunan yang dikemukakan oleh pihak individu swasta, badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan. Memproses pelan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta, Jalan Parit dan Bangunan (akta 133) dan juga megikut dasar-dasar Majlis
  • Pemeriksaan dari semasa kesemasa pembinaan bangunan dan pembinaan telah siap sehingga Sijil Pematuhan Penyiapan (CCC) dikeluarkan
  • Mengawal pembinaan bangunan/sambungan bangunan tanpa kebenaran dengan tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis, kerja-kerja meroboh dan penyediaan laporan teknikal ke Jabatan Undang-Undang
  • Mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima
  • Memberi permit sementara bagi permohonan meletakkan bahan binaan, khemah kahwin, membaiki rumah, permit ubahsuai dalaman dan lain-lain
  • Memberi laporan premis-premis perniagaan sebelum Jabatan Kesihatan/Pelesenan menimbangkan kelulusan lesen perniagaan
  • Memberi ulasan untuk kebenaran merancang ke Jabatan Perancang Bandar dan Unit OSC Pembangunan
  • Membuat pemantauan kawasan

Unit Terbengkalai

  • Bertanggungjawab menyediakan laporan projek-projek terbengkalai kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan KPKT
  • Bertanggungjawab menyelaraskan isu-isu berkaitan ( Industri Park Managament Commitee) dengan kerajaan Negeri, MIDA, dan lain-lain agensi berkaitan  

 

  Unit Rekabentuk

 

  • Penyediaan lukisan rekabentuk
  • Penyediaan lukisan 'working drawing' / lukisan
  • Pembabitan dalam menyediakan kontrak
  • Pelaksanaan / implementasi projek
  • Menyelaraskan projek bangunan untuk Majlis yang diselenggarakan oleh perunding-perunding dan kontraktor-kontraktor yang dilantik
  • Menyiapkan dokumen-dokumen dan rekod yang berhubung dengan bangunan-bangunan Majlis 

 

  Unit Rumah Ibadah Selain Islam

 

  • Bertanggungjawab memproses dan meluluskan pela-pelan bangunan rumah ibadat selain Islam
  • Memberikan permit-permit rumah ibadat selain Islam
  • Mengeluarkan notis bagi kesalahan- kesalahan membina bangunan dibina tanpa kebenaran seperti tokong dan kuil
  • Memberi ulasan untuk kebenaran merancang ke Jabatan Perancang Bandar

Unit Inovasi

  • Bertanggungjawab membuat kajian terhadap kemajuan-kemajuan jabatan
  • Bertanggungjawab untuk meningkatkan inovasi dan motivasi kakitangan
  • Bertanggungjawab mengawal selia MS ISO 9001-2008 , Amalan Persekitaran Berkualiti (S5) , Star Rating , APPC, AI dan lain-lain 

Unit Bangunan Berkala

  • Menguruskan laporan pemeriksaan berkala terhadap bangunan lima tingkat dan keatas yang telah menduduki melebihi 10 tahun bagi memastikan bangunan dalam keadaan selamat 

Unit Telco dan Billboard

  • Bertanggungjawab memproses dan meluluskan pelan-pelan untuk permohonan menara dan alat pemancar telekomunikasi
  • Pemeriksaan dari masa kesemasa pembinaan menara dan pemancar telekomunikasi
  • Mengawal pembinaan menara dan pemancar telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran dengan tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis dan kerja-kerja meroboh
  • Bertanggungjwab memproses dan meluluskan pelan-pelan untuk permohonan Billboard
  • Pemeriksaan dari masa kesemasa pembinaan Billboard
  • Mengawal pembinaan Billboard yang dibina tanpa kebenaran dengan tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis dan kerja-kerja meroboh 

Bahagian Pentadbiran

  • Melaksanakan urusan pentadbiran Jabatan Bangunan dan Senibina berkaitan dengan urusan kakitangan (cuti kakitangan, kenderaan Jabatan, elaun dan yang berkaitan)
  • Mengawal semua rekod-rekod fail Jabatan/mendaftar semua permohonan dan juga surat-surat yang berkaitan
  • Merekod dan menyimpan semua keputusan mesyuarat berkaitan dengan Jabatan Bangunan dan Senibina
  • Merekod dan mengawal semua peralatan pejabat yang diterima dari Jabatan Pentadbiran Am
  • Menyediakan kertas kerja mesyuarat dan laporan bulanan serta membuat surat menyurat luaran dan dalaman untuk Jabatan Bangunan
  • Menyediakan laoran-laporan ulasan/kelulusan bagi semua permohonan (projek perumahan, tambahan/pindaan, permit, banglo,kilang, kedai dan lain-lain)
  • Menyediakan laporan-laporan aduan yang berkaitan dengan Jabatan
  • Menyediakan bil bayaran dan melayan orang awam di kaunter Jabatan