MENU

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri pendaftaran. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri pendaftaran ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MOF, UPEN, SSM & Lesen KDN yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.

3. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 05 JANUARI 2021 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (10.00 pagi -3.00 petang hari Isnin - Jumaat sahaja)

4. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam 2 SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

5. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Petender  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

9. Memandangkan tender ini dilaksanakan di dalam tempoh PKPB, syarikat yang memerlukan surat kebenaran merentas daerah bagi tujuan menyertai pelawaan ini, boleh mendapatkan surat tersebut di laman web rasmi majlis iaitu: www.mpaj.gov.my (jika berkenaan).

Tender Ref: 
MPAJ 08/03/04-065/2021
Tender Closing Date: 
Selasa, 26 Januari 2021