MENU
 

1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran pada tarikh 30 Mac 2021  (SELASA) pada pukul 9.00 Pagi sehingga 4.00 Petang.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 30 Mac 2021 (SELASA) di Dewan Perbandaran Pandan Indah, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin).

3. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh 30 Mac 2021 (SELASA) tidak akan dipertimbangkan.

4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

5. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

6. Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

7. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

8. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

9. Penyebut harga diGALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

10. Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak Majlis.

11. Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.

12. Pihak syarikat diwajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM, STM dan UPEN yang masih sah.

Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-172/2021
Tender Closing Date: 
Jumaat, 9 April 2021