MENU
 
Setiap tahun beribu rakyat Malaysia mendapat serangan jantung dan sebahagian besar daripada mereka meninggal dunia akibat serangan penyakit ini. Anda boleh mengurangkan risiko serangan dengan mengetahui cara yang terbaik untuk menjaga jantung anda

Jantung adalah organ penting yang memiliki otot-otot yang kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Darah yang mengandungi zat-zat makanan atau nutrien dan oksigen adalah bahan makanan yang mustahak kepada badan kita termasuk jantung itu sendiri. Bekalan darah ke jantung dibekalkan oleh saluran darah yang dikenali sebagai arteri koronik.