MENU
 

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi.

Penyakit ini dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan adalah amat penting

•    Nyamuk aedes dewasa hanya mengambil masa 7 hari untuk membiak dan seterusnya akan mencari mangsanya. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebagai mangsa demam denggi apabila pulang ke kediaman selepas beraya di kampung.

•    Langkah-langkah pencegahan segera perlu diambil sebelum pulang ke kampung. Antaranya adalah seperti berikut :-

a)    Telangkupkan semua bekas yang menangkung air
b)    Tutup semua bekas menyimpan air
c)    Cuci semua bekas jambangan bunga
d)    Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air

•    Cegah demam denggi sebelum anda menjadi mangsa.