MENU
 
Makanan Berkaleng:-
-Pemprosesan makanan berkaleng adalah merupakan salah satu cara pemprosesan makanan yang selamat. -Makanan berkaleng juga boleh menjadi rosak dan tidak selamat disebabkan oleh kesilapan di dalam pemprosesan. -Makanan berkaleng menjadi rosak secara tidak sengaja semasa pengendalian di rumah atau di kedai yang mengakibatkan pencemaran berlaku kepada isi kandungannya. -Pengguna juga boleh merosakkan makanan apabila kaleng terjatuh dan kerosakan pada kelim kaleng tersebut berlaku tanpa disedari, kerana kelim terselindung di bawah label.

Bagaimanakah Anda Boleh Mengetahui Apabila Makanan Berkaleng Mungkin Tidak Selamat Lagi Untuk Dimakan?
-Sebelum membeli makanan berkaleng di kedai, periksa dengan teliti dahulu bahagian luar kaleng.

Tanda-Tanda Yang Dicurigai:-
-Kemek yang teruk. -Karat dan kakisan yang meluas. -Bonjol/Mengelembung. -Bocor. -Tanda atau tompok kotor.

Tanda Yang Dicurigakan:-
-Kelihatan berbuih, pekat atau berdadih (curdled), berkulat. -Berbau busuk, masam, seperti telur busuk. -Rasa tengik, berlainan dari rasa biasa (off flavour), pahit.

Tanda-Tanda Kerosakan Yang Boleh Mencemarkan Kandungan Di Dalam Kaleng:-
-Kemek di badan dan kelim. -Kemek di badan dan kelim beserta dengan tanda retak. -Kelim yang terbuka. -Retak pada kelim. -Pecah di kelim. -Retak dan kemek pada kelim. -Kemek pada kelim tepi. -Kelim yang retak dan berlubang. -Kelim tidak sempurna. -Sambungan kelim yang rosak dan bocor. -Retak di penutup. -Berlubang. -Lubang halus. -Penutup yang koyak. -Koyak. -Karat -Mengelembung disebabkan pengeluaran gas oleh bakteria.