MENU
 

 

Aplikasi mobil iComm MPAJ merupakan kemudahan semakan dan pembayaran bagi cukai taksiran dan kompaun trafik. Dua modul utama fasa pertama ini telah diaktifkan selepas majlis pelancaran. Modul fasa kedua pula yang akan diaktifkan kemudian adalah kompaun bukan trafik, permohonan dan pembaharuan lesen premis perniagaan dan penjaja; sewaan gerai; Smart Ampang Tourism; Smart Economy dan banyak lagi.

 

Semua warga Ampang Jaya boleh memuat turun aplikasi ini di telefon pintar masing - masing. Bagi pengguna telefon pintar android boleh memuat turun aplikasi melalui "Google play store". Manakala pengguna iOS perlu menunggu dalam masa seminggu lagi untuk dimuat turun di "App store".

 

https://youtu.be/esb5psP2jV4

 

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Berbakti, Bersih, Berbudaya