MENU
 

Sukacita dimaklumkan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan mengadakan Program Publisiti Dan Penyertaan Awam pada 30 Mei 2022 hingga 13 Julai 2022 bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2035 (Penggantian) yang merupakan pindaan kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Pengubahan 2) 2020 yang telah diwartakan (No. Warta 295) bertarikh 21 Januari 2016.

Selaras dengan Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Apabila suatu Draf Rancangan Tempatan telah disediakan, ianya hendaklah dipamerkan kepada orang awam untuk diperiksa.

Anda selaku orang awam / orang yang berkepentingan berpeluang untuk mengemukakan cadangan atau bantahan berhubung cadangan-cadangan penggantian yang dinyatakan.

Penyertaan awam merupakan proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan tempatan dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.

Sehubungan itu, dokumen Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2035 (Penggantian) boleh disemak melalui pautan muat turun di bawah dan lokasi-lokasi pemeriksaan bermula 10 pagi hingga 4 petang seperti berikut:

 

  1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya : 30 Mei 2022 – 29 Jun 2022
  2. PLANMalaysia@Selangor : 30 Mei 2022 – 29 Jun 2022
  3. Lotus’s Ampang : 1 – 3 Jun 2022 dan 27– 29 Jun 2022
  4. Ampang Point Shopping Centre : 7 – 10 Jun 2022
  5. Melawati Mall : 13 –  17 Jun 2022
  6. AEON Big Ampang : 20 – 24 Jun 2022

 

Muat Turun:

Link 1 : Booklet, Panel dan Peta Gunatanah Draf RTMPAJ 2035 (Penggantian)

            : Laporan Draf RTMPAJ 2035 (Penggantian) - Jilid 1, Jilid 2 dan Jilid 3.

Link 2 : Borang Maklum Balas (pdf)

Link 3 : Borang Maklum Balas Online

 

Nota: Laporan Penuh Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2035 (Penggantian) boleh rujuk di lokasi-lokasi pemeriksaan yang dinyatakan.