MENU

 FUNGSI BAHAGIAN

  • Menguatkuasa undang-undang mengikut peraturan yang diperuntukkan dan di guna pakai di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap dan pantas berdasarkan aduan-aduan yang diterima.
  • Membantu memperbaiki imej Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan membentuk sebuah pasukan penguatkuasaan undang-undang yang cekap, tegas, berani dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa jua situasi.

 Bahagian Pentadbiran

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Kenderaan
  • Unit Fotografi
  • Unit CCTV

 Bahagian Operasi

  • Mengeluarkan notis amaran dan kompaun serta tindakan sitaan ke atas sebarang
  • perlanggaran undang-undang yang telah diperuntukkan.
  • Merancang dan melaksanakan tindakan operasi seperti operasi pusat hiburan, halangan
  • dan sebagainya.
  • Memastikan semua aduan yang memerlukan tindakan dengan segera.
  • Menjalankan tindakan perobohan ke atas halangan setinggan, sambungan rumah tanpa
  • kebenaran binaan struktur haram dan sebagainya
  • Menjalankan Operasi bersama pihak polis, Jabatan Agama Islam Selangor, Kementerian
  • Dalam Negeri & Kepenggunaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
  • agensi - agensi lain yang terlibat dengan tindakan penguatkuasa.
  • Bahagian Rondaan
  • Mengeluarkan notis amaran dan kompaun ke atas sebarang perlanggaran undang-undang
  • yang telah diperuntukkan.
  • Membuat rondaan dan pemantaun ke atas premis perniagaan serta kawasan taman dan
  • perumahan di seluruh kawasan pentadbiran majlis.
  • Memastikan pemantauan Pusat Siber dan Kafe Siber, Rumah Urut, Pusat Hiburan dan Pusat Snuker dilakukan dari semasa ke semasa
  • Melakukan pemantauan terhadap jalan rosak, longkang pecah serta penjaja sekitar
  • kawasan sekolah.
  • Memastikan aduan yang diterima oleh Bahagian Rondaan diambil tindakan.
  • Mengadakan perjumpaan dengan JKP bagi mengenalpasti masalah penduduk.

 Bahagian Aduan

  • Menerima dan merekodkan aduan yang diterima dalam sistem dan buku rekod aduan
  • Memastikan semua aduan yang diterima diambil tindakan segera dan maklumbalas
  • kepada pengadu dalam tempoh 2 hari.
  • Memastikan aduan mengenai binatang berbisa diambil tindakan dan diselesaikan dalam
  • tempoh 24 jam.
  • Melakukan Pemantauan ke atas aduan-aduan yang diserahkan kepada bahagian lain.
  • Mengemaskini laporan setelah aduan diambil tindakan.
  • Menyediakan laporan khas untuk tindakan pendakwaan.
  • Bahagian Trafik
  • Mengeluarkan kompaun serta tindakan ke atas sebarang perlanggaran undang-undang
  • yang telah diperuntukkan.
  • Melakukan rondaan di kawasan letak kereta dan kawasan taman majlis.
  • Melaksanakan operasi tunda dan kunci tayar di kawasan tempat letak kereta dan taman
  • yang diselenggara oleh pihak Majlis.
  • Melaksanakan tindakan ke atas kenderaan buruk.
  • Membuat kawalan trafik, keselamatan dan escort.
  • Memastikan aduan yang diterima oleh Bahagian Trafik diambil tindakan segera.
  • Memastikan proses tuntutan kenderaan tunda berjalan lancar.

 
 Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasa

  • Memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya semasa tindakan diambil dengan tegas dan adil
  • Memastikan maklumbalas terhadap aduan yang diterima disampaikan dalam tempoh 2 hari kepada pengadu
  • Menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan binatang berbisa dalam tempoh 24 jam
  • Memastikan kerja-kerja meroboh setinggan/binaan haram dilaksanakan dalam tempoh 7 hari setelah tamat tempoh notis
  • Memastikan pengurusan kenderaan yang ditunda boleh dikeluarkan dalam tempoh 7 hari setelah urusan bayaran kos simpanan dan kompaun kesalahan diselesaikan
  • Memastikan bantuan penguatkuasaan yang dipohon oleh jabatan-jabatan lain dilaksanakan dalam tempoh 24 jam