MENU
 
Nama :

Ir. Ts. Hj. Zafrul Fazry bin Mohd Fauzi, AMS, PPT                                                                         

Jawatan : Pengarah (Jurutera J52)
E-mel : zafrul [at] mpaj [dot] gov [dot] my
No. Telefon : 03-4285 7277
Tingkat : 11

 

FUNGSI BAHAGIAN JABATAN KEJURUTERAAN

BAHAGIAN JALAN

  • Memastikan aduan jalan disemak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  • Memastikan pemantuan kawasan dilaksanakan  seminggu sekali
  • Menyediakan laporan dan cadangan kerja beserta anggaran kos.
  • Menyelaras peruntukan -peruntukan dari Kerajaan Negeri termasuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam
  • Memantau kerja-kerja kontraktor yang dilantik supaya kerja mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan,
  • Menyokong tuntutan bayaran daripada pihak kontraktor setelah memastikan kerja yang kerja siap mengikut piawaian yang di tetapkan

 

BAHAGIAN ELEKTRIK

  • Memastikan lampu jalan/awam, lampu isyarat berada di dalam keadaan baik dan sempurna
  • Mengurus dan menyelia urusan pembaikan lampu jalan/awam serta lampu isyarat  Majlis.
  • Menguruskan pembayaran bil-bil lampu jalan dan lampu isyarat  di bawah tanggungjawab Majlis.
  • Menerima dan menyelaras aduan-aduan yang berkaitan dengan lampu jalan/lampu isyarat untuk diambil tindakan.
  • Menguruskan permohonan bekalan elektrik ,lampu jalan dan lampu awam dalam tanggungjawab Majlis.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN , PERMIT DAN UTILITI (PPU)

  • Memproses  kelulusan permit korekan jalan bagi semua utiliti dan  Telekomunikasi.
  • Menguruskan semua projek-projek  Kerajaan Persekutuan dan  Negeri. Cth: Lebuhraya SUKE/DUKE/DLL
  • Pemantauan taman-taman untuk mengenalpasti discharge outlet bagi tujuan pemasangan perangkap sampah.
  • Mengawal kualiti air(pencemaran) loji rawatan air buangan.
  • Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.

 

BAHAGIAN CERUN

  • Memeriksa dan memantau pembangunan kawasan bukit dan tanah tinggi secara berterusan .
  • Menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap cerun-cerun kritikal secara berkala
  • Menjalankan pengumpulan maklumat Pengkalan Data Cerun
  • Melakukan Tindakan Penguatkuasaan terhadap pihak yang gagal menyelenggara cerun
  • Menjalankan Program Kesedaran Penyelenggaraan dan Pemantauan Cerun kepada penduduk setempat yang mendiami kawasan tanah tinggi.
  • Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.

 

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN

  • Memproses pelan Kebenaran Merancang bagi permohonan tukar syarat guna tanah, bangunan, rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
  • Memproses permohonan pelan kerja tanah bagi permohonan  rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
  • Memproses permohonan  pelan infrastruktur bagi  permohonan rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
  • Melaksanakan  pemantauan kerja-kerja tanah dan infrastruktur yang telah mendapat kelulusan.
  • Menyemak permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC)
  • Menjalankan ujian CBR dan Coring Test.
  • Menyemak permohonan penyerahan  infrastruktur.
  • Mengenalpasti dan menyelaras aduan awam  berkaitan  dengan pembangunan di kawasan Majlis.
  • Melaksanakan  penguatkuasaan  kepada pihak yang mendatangkan kacauganggu dalam perlaksanaan kerja tanah dan infrastruktur.
  • Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.

 

BAHAGIAN SALIRAN

  • Memastikan Penolong Jurutera Awam memantau longkang, berada di dalam keadaan baik, dan sempurna.
  • Menyelesaikan permasalahan banjir yang melibatkan peruntukan di bawah RM 20,000.00
  • Mengurusan dan menyelia urusan pentadbiran longkang.
  • Menerima dan menyelaras aduan-aduan yang berkaitan denganlongkang untuk tindakan .
  • Memastikan pemantauan  infrastruktur longkang mengikur jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan

 

BAHAGIAN PROJEK

  • Merancang projek-projek Majis yang baru bagi kemudahan orang ramai seperti medan selera, pasar, dewan dan lain-lain
  • Menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan Majlis seperti jalan, perparitan dan lain-lain
  • Menguruskan dan mengawalselia perlaksanaan projek-projek Majlis.
  • Menyelaras peruntukan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam
  • Mengatasi permasalahan dan kejadian banjir dikawasan pentadbiran Majlis.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Pentadbiran dan pengurusan kakitangan
  • Mobilisasi Kenderaan

 

CARTA FUNGSI JABATAN KEJURUTERAAN

Sila klik untuk paparan lebih jelas

 

CARTA ORGANISASI JABATAN KEJURUTERAAN

CARTA ORGANISASI JAB KEJ 2024

Sila klik untuk paparan lebih jelas